“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Bulan Yang Penuh Kenikmatan

Assalamualaikum, ahlan wahsalan sumenya..


Alhamdulilah, jiwa ini makin tenang, tidak lagi berantakan..huhu dan masih tak terlambat lagi untuk ucapkan marhaban ya ramdan even dah masuk hari keenam umat Islam seantero dunia berpuasa. Maaf , lama tinggalkan blog ini..dengan kekangan masa yang tak mengizinkan untuk unpdate my lil' diary ni . .(ntah kenapa terasa sedikit skema penulisanku hari ini)
syukur kupanjat pada Ilahi,diberi lagi nafas untuk Ramadan kali ini..moga2 memberi keberkatan pada semua..InsyaAllah..








Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”





 
Riwayat Bukhari & Muslim



p/s: Salam Ramdan buat semua (^__^)
Back to Top