“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
4

Alkisah katak

Sabtu lepas, berpeluang dengar ceramah dari seorang usahawan, En Firdaus. Banyak input yang berguna. Macamana nak run bisnes dan macam-macam lagi. Part yang paling best,slot-slot motivasi. Cerita-cerita motivasi yang mengujakan saya untuk berbisnes dan mengubah kehidupan. Ni antara cerita yang dikongsi. Happy reading,guys!

Di sebuah makmal, seorang pengkaji menjalankan sebuah eksperimen.

Ekperimen Pertama


Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian, air ini dipanaskan menggunakan sebuah penunu bunsen hingga air itu mendidih.

Kemudian, seekor katak di campakkan ke dalam air panas itu.


Katak itu akan segera melompat keluar dan terselamat. Serta masih hidup.


Eksperimen Kedua


Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian dimasukkan ais yang banyak di dalam bikar itu. Selepas itu, seekor katak dimasukkan ke dalam bikar itu.

Di sebabkan air itu sejuk. Katak itu duduk dengan tenangnya di dalam bikar itu.


Kemudian, sebuah penunu bunsen dinyalakan di bawah bikar itu. Lama kelamaan. Semua ais melebur dan air mula menjadi suam.


Tidak lama kemudian, air itu menjadi panas dan akhirnya. Ia mendidih.


Katak yang berada di dalam bikar itu mati akibat kepanasan.


 


Pengajaran


~ Katak dalam eksperimen pertama berjaya 'hidup' kerana dia telah terkejut dengan perubahan keadaan disekelilingnya. Dia melompat keluar kerana mahu merubah keadaan hidupnya pada waktu itu.

~ Katak dalam eksperimen kedua pula mati kerana katak itu berada dalam 'keadaan yang amat selesa' pada awalnya. Katak itu tidak 'sedar' perubahan sedikit demi sedikit di kawasan sekitarnya. Dia terasa 'masih selesa' dengan keadaan sekeliling.


Akhirnya, katak ini mati kepanasan kerana 'tertipu' dengan keselesaan yang di rasainya pada peringkat awal.


Kita Bukan Katak


Masalah 'selesa' ini banyak dirasai oleh kita. Sedar tak sedar, ramai di antara kita dah rasa selesa dengan apa yang kita miliki. Betul tak?



p/s: Sabda Rasulullah saw, "9/10 rezeki datangnya dari perniagaan." :)


6

Salam Aidiladha


الله اكبر
 الله اكبر
 الله اكبر
 لااله الاالله
 والله اكبر
الله اكبر
 ولله الحمد

Salam aidiladha buat blogger seangkatan dan teman-teman alam maya et al. Kullu 'Am Wa Antum Bikhair..Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina. 

Ya,lama menyepi dari laman blog ni. Sebulan yang amat menyibukkan. Tambah-tambah lagi, baru je mendaftar sebagai student di Unisza. Kos Bachelor in English (Hons). But then, beberapa hari lalu dapat tahu yang nama kos ditukarkan kepada Bachelor of English with Communication(Hons). Correct me if I'm wrong.

 Lebih kurang sama je dengan kos masa Dip. dulu. Tapi,tapi tapi..sayang seribu kali sayang sebab tak dapat nak buat transfer credit untuk subjek-subjek tertentu. Entah kenapa entah. Lamalah jawabnya saya 'meringkuk' dekat Unisza. Hampir 4 tahun. Kalau ditolak,tambah bahagi, mesti masa lebih pendek lagi dari tu. Mungkin 2 tahun setengah je. Tapi kan subjek memang dah ada yang dah belajar dulu..Huhu..

Mula-mula masuk sini,macam jakun pun ada sebab suasana memang lain daripada masa diploma dulu. But then, life is being more tougher. Yelah, dekat u tu,serba serbi di atas kaki sendiri. Ya,berdikari. Tapi masuk as a second intake terselamatlah daripada minggu orientasi yang mungkin menyeksakan. Pelajar second intake pun ada orientasi tapi dua hari je dan tak ada aktiviti sangat pun. 

Hari tu kami diminta untuk kutip senior signature. Haru jugalah sebab senior pun kami tak kenal. Nak dijadikan cerita, kami pergi ketuk setiap pintu bilik untuk dapatkan signature. Dah macam orang kutip hutang pun ada. Nasib baik seniors ok je :) Yelah,memang taklah kan saya nak approach sorang demi sorang senior yang ada kat kafe tu. Saya kan pemalu orangnya. Hehe ^_^ Buatnya kalau tersalah approach,mana nak letak muka? Haha. Teringin juga nak bertaarufan dengan senior-senior kami tu. Mungkin adalah kut meeting nanti.

Itulah alkisahnya. Esok Aidiladha. Sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk bulan baru. Nostalgia & aidiladha. Salam aidiladha dan selamat meratah daging :)

 


Till then.

p/s: Aidiladha menggamit kenangan lalu. :)




4

Diamku..



aku selalu diam, tetapi dalam diamku selalu mendoakan agar kebaikan selalu ada padamu.
0

Aku yang berdosa


Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu


 Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu




p/s: hurmm.. :'(

 

Back to Top