“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
2

Cantik dengan Islam





1. Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

 2. Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.

 3. Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

4. Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa 
"Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”  

5. Membaca Doa Bercermin
 "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

p/s: jom,kita sama-sama amalkan :)



10

Abah,saya nak kahwin..


Ayah, saya nak kahwin. Ayah janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barang siapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah ayah?

Ayah, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu.





Ingatkah ayah, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda: "Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan"







sumber 



p/s: :)
2

Perempuan ahli neraka





Perempuan yang tiada cita-cita melainkan :

MAKAN

MINUM

TIDUR

Di suruh SOLAT, tak nak.
Di suruh BERPUASA, tak nak.
Di suruh belajar MEMBACA QURAN, tak nak.
Di suruh BERTUDUNG, tak nak. Apatah lagi hendak MENUTUP AURAT.
Hidupnya HANYA untuk bergembira dan berseronok.
Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
-UAI


p/s: Astaghfirullahalazim.. <3

9

'Rumah' yang terindah di dunia



Rumah Allah yang terindah di dunia. Sekadar nak berkongsi. Kalau ikutkan lain susunannya tapi ni mengikut pendapat saya sendiri (memandai je kan ubah). Sebabnya, saya rasa Masjid Nabawi & Masjidil Haram patut menjadi pendahulu sebelum masjid-masjid lain.

1. Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah. 

I wish I'll be here,one fine day..


2. Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

 Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda:
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."



3. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.



4. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.

Kalau tak salah nilah masjid yang teguh berdiri even dilanda tsunami..Allahuakhbar!


5. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.


6. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.


7. Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Sangat kreatif!


8. Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.



9. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.



10. Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.


sumber


p/s: masyaAllah..indahnya.. :)


6

Wordless Wednesday : 1



p/s: subhanallah..ujian tarbiyyah dari Allah :)
4

Mawar berduri


1. Ingat dan berpegang pada prinsip. Utamakan wawasan akhirat yang berkekalan..Cintaku milik Allah!

2. Apabila gangguan mereka membuatkan mereka asyik bermain di fikiran,segeralah berzikir dan beristighfar.Baca Al-Quran.

3. Apabila dia sering menelefon. Betulkan niat kerana Allah,berikannya kesedaran tentang tidak patiutnya berhubung,sehikmah mungkin.Bertegas dengannya.Kenalkan padanya orang-orang yang soleh untuk membimbingnya.Pendekkan perbualan.




4. Apabila diajak keluar,jangan sesekali keluar! kecuali urusan yang betul-betul penting.

5. Apabila dia kerap sangat menelefon, bertegas dan minta dikurangkan.Kemudian bertegas jangan telefon lagi.Bagi kefahaman dan hujah.

6. Apabila ditanya adakah aku sudah berpunya, cintaku hanya untuk Allah pada masa ini dan akan ku pelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah untukku.

7.Apabila tidak disangka-sangka dia menemuiku, cuba mengelak,duduk jauh-jauh,buat sesuatu agar dia terlindung dari memandang wajahku.Cakap sekadar perlu,ringkaskannya!!

 

seindah mawar berduri
indah dipandang
bila cuba digapai
tertusuk duri.. 


p/s: from me to myself.. :)


Back to Top