“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
3

Doaku untukmu

Ya Allah Azza Wa Jalla..
sayangilah dia..
Rahmatilah dia..
ampuni dosanya..
dakaplah dia dalam dakapan kasih-Mu..
tetapkanlah hatinya pada agama-Mu..
indahkan peribadinya dengan iman dan taqwa..
Kurniakan dia taufiq dan hidayah-MU..
Kerana namanya terlakar INDAH di satu sudut hatiku..
dan di dalam bisikan do'aku padaa-Mu ..
Aamii, Ya Rabbal Alamin..











0

Sukan Olimpik vs Freemanson, Iluminati & Zionis

 
 Korang tahu kan yang Sukan Olimpik 2012 dah meriah sekarang nie. Acara sukan dunia yang begitu gah sekali. Dan apit tak buat pown freebies untuk Olimpik nie. Huhu. Jangan haraplah nak buat freebies untuk Olimpik nie. Langsung tak berminat. Sebab? Ohh banyak sangat kot sebabnya. Korang mungkin dah tahu dan ada yang tak pernah nak amik tahu. Apa-apa pown korang kena jugak amik tahu. Sebabnya Sukan Olimpik 2012 ini telah membawa unsur freemason, Iluminati dan Zionis. Apit akan huraikan satu persatu kepada korang. Baca taw!
 
 
 
 
 
Okay sekarang kita tengok dulu pasal logo Sukan Olimpik 2012 nie yang membentuk seakan-akan 2012 kan. Tapi cuba korang perhatikan betul-betul, kalau ia disusun satu persatu, macam membentuk perkataan kan? Seperti Z.I.O.N iaitu membawa maksud ZIONIS! Tidak dinafikan logo Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan Israel. Lihat sini juga --> http://bit.ly/OqXpb7  Lihatlah betapa licik dan jahatnya Yahudi Zionis dalam mencipta propaganda dan kaedah sulit untuk menghancurkan umat manusia. Memang benarlah kata-kata sesetengah pihak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang menyebabkan umat manusia sering huru-hara sehingga tidak sunyi daripada peperangan. Memang layak mereka mendapat laknat Allah swt dalam Al-Quran.
 
 
  
Apit huraikan dengan gambar kat atas. So senang nak faham. Korang tengok video Maskot Olimpik 2012 di SINI plak. Babak semasa besi ini dihidupkan seolah -olah ada satu kuasa yang boleh menghidupkan patung yang asalnya besi kimpal seolah - olah ingin menunjukkan kuasa sihir yang sangat hebat.

Kontroversi melanda kedua-dua maskot ini apabila ia hanya mempunyai satu mata sahaja..Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist..Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012..
 
 
 
  

Kalau nak tgk video perasmian tu klik link ni VIDEO perasmian olympic london 2012 OPENING CEREMONY.

Korang dah tengok upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ! Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin 
 
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud : 
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuholeh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung disebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

sumber : Apit


p/s: just nak share untuk semua..mungkin ada yang kita terlepas pandang. Moga Allah lindungi kita dan saudara seIslam..aamiiin.. :)

2

Jika aku jatuh cinta lagi..


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada
hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada
seseorang,
Yang merindui syahid di
jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta
kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada
kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh,
Dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui
batas,
Sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu…
Aamiin ya rabbal alamin…






5

Petua Mengurangkan Rasa Dahaga dan Lapar di bulan Ramadhan



Bulan puasa ni, bulan 'menahan'. Tahan lapar, marah, sabar, macam2 lagi. Tapi, yg paling mencabar ialah menahan lapar dan dahaga. Berkeroncong perut minta diisikan. Berikut satu petua untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.

Mula-mula, syarat untuk anda mengamalkannya ialah mesti bersahur. Kalau anda tak bersahur, memang tak dapat nak tolong. Semasa bersahur, anda boleh mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari dengan;

1. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi.

Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali.

Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi.

Seterusnya, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3.

Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa.

2. Apabila selesai makan nasi, berselang-selilah berselawat ke atas Nabi S.A.W dan memakan buah kurma pula.







Selawat sekali, kemudian makanlah sebiji kurma.

Ulangi langkah 2. ini sebanyak 7 kali.

Untuk pengetahuan anda, petua ini amat sesuai diamalkan oleh individu yang bekerja berat dan banyak menggunakan tenaga di siang hari seperti buruh kasar.

Apa yang lebih penting, petua ini juga merupakan amalan Nabi S.A.W.

Ini kerana, ayat-ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas ini dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin-Nya.

Manakala, jika kita amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari, iblis tidak akan mendekati kita juga dengan izin-Nya.

Apapun, puasa lah lillahi taala.



p/s: Moga Ramadhan memberi 1001 keberkatan. Aamiiin.. :)

6

Ahlan wahsalan ya ramadhan kareem



──────▄▌█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌ Ketepiiiii.. Ketepiiiiiii.. █║▌║▌│

▄▄▄▌▐██▌█ ..Selamat Datang Bulan Ramadhan Mubarak..

███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀

Bismillahirahmanirahim,..alhamdhulillah..
Segala pujian hanya milik Allah..



Ramadhan Kareem!!
Kullu 'aam Wa Entom Bikhair.
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua, dan mudah-mudahan bulan ramadhan kali ini memberikan kita semua keseronokkan untuk beribadah..Semoga cahaya Ramadhan memberikan 1001 rahmat buat kita semua..insyaAllah.
Inni uhibbukum filLAH(saya syg semua kerana Allah).

Jom,confirmkan semua,insyaAllah :)
 
p/s: selamat menjalani ibadah puasa kepada semua blogger. :)
 
17

Calon Isteri Yang Lelaki Mahu






  • Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.

  • Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

  • Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.

  • Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

  • Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

  • Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.

  • Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan you perhiasan je kat umah.

  • Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal-tebal. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

  • Tentang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.

  • Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai-perangai entah pape kau.

  • Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

  • Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.

  • Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh mengajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh mengajar, tapi garanglah.

  • Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

  • Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

  • Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

  • Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.

  • Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

  • Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dalam Islam. Contohnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

  • Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

  • Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba juga amil hati orang tua walaupun tak reti.

  • Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab-tanggungjawab seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

  • Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

  • Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

  • Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.

  • Sentiasa ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit-picit kepala suami tu.

  • Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

  • Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

  • Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.

  • Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.









 p/s: err..?? :)


5

Asyik update blog aje,jom update iman..

Note to self:
Rasulullah SAW bersabda: “Perbaharui iman kamu”. 
Para sahabat bertanya,
 “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”.
 Baginda menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.”

(Hadis hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At Thabrani).


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge your Iman █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

ما شاء الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝ 
:: I ♥ الله ::






p/s: ingatlah pada Allah dan Allah akan selalu mengingatimu. <3


3

Sampai syurga



" Hatta engkau terjun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku cintakan engkau keranaNya, mahu berpimpin tangan tika masuk ke Syurga sana."







13

Takdir yang terindah

Wartawan : '' Kenapa Irma memilih dia jadi bakal suami? ''

Irma Hasmie : '' Mana ada saya pilih..ni Allah bagi..'' ^.^
Ikon pengantin islamik

Subhanallah!
Sungguh indah kuasa dan takdir Ilahi..
Dia biarkan kamu berada dalam kesedihan,kesusahan
Kerana Dia sayangkan kamu..
Dia ciptakan pelangi indah setelah badai hujan.
Dia  gantikan kesedihan kamu yang tak berpenghujung
dengan sesuatu yang tak tercapai dek akalmu..
Yakinlah dengan janji Allah
Dia uji kerana kita mampu menghadapinya.
Agar kita bersabar menantikan ganjaranNya..
Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya..
Sangka baiklah dengan Dia
kerana Dia Yang Maha Mengetahui
baik buruk sesuatu perkara ke atasmu..
Allah, Allah, Allah..

Allah S.W.T berfirman,
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)



p/s: mungkin saat ini kita sedih, tapi bukan untuk selamanya..husnuzonlah..Allah itu Maha Penyayang. . <3



3

Mamat jiwang vs Minah brutal


Jom pakat-pakat baca and share. Di kongsi oleh blog sahabat .

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke? Sopan ke? Budi bahasa ke? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : So what? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenapa? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak? Mane lah taukalau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eeeeeee… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku?
Mamat : SetujuMinah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak?
Mamat : Takde.. Nak wat pe?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eee.. minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)




SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape?
Minah: Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”Tok kadi : Sah3..Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….




p/s: Garang seseorang wanita itu ada sebabnya, solehah yang didamba  :)

Back to Top