“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”

Silap seorang wanita

Ya,
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.
kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
janji manis dibibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.
makanya,
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.
bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.




Usah disalahkan pada wanita 100%. Wanita, lahiriahnya lembut, hatinya penuh kasih sayang. Penuh dengan belas kasihan. Sudah tentu dia akan meyayangi seseorang dengan sepenuh hati.

Tak usah ditunding siapa yang benar atau sebaliknya. Sebaiknya, si Hawa mahupun si Adam wajib mencintai dirinya terlebih dahulu. Don't let someone become your priority, when you're just an option for them. 
Belajarlah menyayangi makhluk dengan sederhana. Berpada-padalah menyayangi mereka. Lebihkan cinta kepada Dia Yang Satu. CintaNya teramatlah besar dan agung untuk hambaNya. Kuatkan hati. InsyaAllah,kamu akan merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.




p/s: it's takes time :)


2

Rindu padaMu


Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu

Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Adu’llar rahmani
Arju an la tinsani
Fi kullil
Awqati nafsi wa fuadi
Laka ya maliki

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu..






p/s: rindu itu anugerah <3
0

Bibir senyum hati menangis..





kadang-kadang,
kita mampu menipu seisi dunia ini
selama manapun
sekuat manapun 
kita nafikan..
yang terlahir di hati
tak mungkin mampu kita hindari
sekuat manapun kita cuba bertahan
pasti langkah akan longlai jua
sekeras manapun kita cuba melupakan
pasti akan terkenang jua
dalam meniti hari..
mana mungkin bayangan 
disisihkan dalam masa satu hari
mana mungkin kenangan
dihapuskan dalam sekelip mata
melainkan Allah mengambil 
ingatan kita..
kita masih mampu lagi tersenyum bahagia
sedangkan rupa sebenar di hati
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
serahkan hati padaNya
agar Dia bisa membentuk kembali hatimu
menangislah
andai itu mampu mengurangkan beban
sesungguhnya Dia kurniakan nikmat air mata
menangislah sebanyak mana yang diingini
tapi ingatlah
walau menangis air mata darah sekalipun
takdir Allah tetap takkan berubah.. 





Kadangkala kita selalu menghabiskan masa  dengan memikirkan seseorang yang langsung tidak pernah memikirkan kita walaupun untuk sesaat



p/s: Aku rindu. La tahzan,gadisku.. Allah ada :)
 
0

Astarghfirullah


Astaghfirullah rabba baraiya
Astaghfirullah mina khataiya

Ya illahi ya tuhanku
Ampunilah dosa dosaku
Aku rindukan kehadiranmu
Sepanjang jalan hayat hidupku
Tiada berharap hanya darimu


Ya Illahi mohon padamu
Penuh harapan petunjuk mu
Aku tersesat di jalan ini
Tak tahu jalan kembali
Tuntutlah aku kemana pergi

Ya Illahi ya tuhanku
Hambamu ini menujumu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Hanya rahmatmu selamatkanku
Relakan aku dekat padamu

Ya Illahi
Pandanglah kami
Mohon curahkan belas kasihmu
Agar ku dapat keredhaanmu





0

Nasihat Syeikh Ali Tanthawi



Kepada Puteriku 

Wahai puteriku..

Saya seorang bapa yang sedang memasuki usia 50 tahun. Usia muda telah saya lewati saya tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia.

Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang saya sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku…




Banyak saya menulis, sering juga saya menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan saya sampaikan. saya tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang saya gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang saya perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk .Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaAllah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada.

Kita gagal, dan saya kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? 

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya. Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.


Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.



Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.”


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.


Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku….

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Saya bersumpah lagi: 


Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?


Renungkanlah!


Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan….sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau..akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.


Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.Engkau sedih dan muram Engkau bingung dan gelisah. Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: “Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf”.Tapi engkau……?Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.


Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas……Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya……seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya……kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.Sesudah itu ……….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.



Wahai puteriku…….



Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat.

Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.Seorang gadis betapa pun tinggi kedudukannya, betapa pun banyak hartanya, betapa pun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita:  

Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira samaada dia seorang ratu,keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi kekayaannya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun………….tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya…….dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pastinya semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.


Perkahwinan adalah cita-cita paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista pasti dengan segera lelaki itu akan pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.


Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Seorang pemuda jalang yang bejat dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya……dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang. Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.


Puteriku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan...


Sedekahkan al-Fatihah buat Syeikh Ali Tanthawi yang meninggal dunia pada hari Jumaat, 18 Jun 1999 bersamaan 4 Rabiul Awal 1420H.


p/s: moga bermanfaat :)
0

Quotes 4


Saat yang paling bahaya dalam hidup adalah ketika HATI KITA sudah TIDAK sensitif LAGI pada DOSA yang dilakukan setiap hari..




 

 p/s : Astaghfirullahalazim.. :'(
4

Ciri suami awesome mengikut UAI

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)






p/s: "..motor family kita la kirenya,dulu my dad n mom ada motor family sebelum mampu beli kete..kalau hujan kita basah berdua..." ~hamba Allah
0

Jangan putus asa



Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, berkah di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa...





p/s: la tai-assu. :)

Aku tak harap..




A Woman once asked her mother,

"Mother, how will I ever find the
right Man? " 

Her mother replied,
"Forget finding the 'right' Man, focus on being the right
Woman." And we read in the Qur'an:

Good women are for good men and good men are for good women.





 

p/s: still work on it.


0

Rejab berlalu sya'ban mendatang


Bismillahirahmanirahim..

Salam 1 Sya'ban 1433h. Akhirnya, Rejab berlalu melabuhkan tirainya. Yang pasti tentu terselit pelbagai warna cerita dalam bulan Rejab bagi seseorang individu. Manis atau sebaliknya. Ustaz masa sekolah dulu pernah bagitahu, dalam bulan Islam, tanda berakhirnya sesuatu hari ialah pada waktu maghrib.

Sya'ban. Means, dah hampir pertengahan tahun 2012. Sekejap je masa berlalu. Masa yang pastinya takkan menunggu kita. Sekarang,syabaan. Bermakna lebih kurang 30 hari lagi bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam,Ramadhan.Sya'ban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Tapi belum tentu kita akan mengecapi nikmat puasa seperti tahun yang sudah. Sebab ajal maut pasti menjemput bila-bila masa. 

Tapi,Allah sayangkan kita. Diperintahkan kita untuk berdoa agar kita dipanjangkan lagi nikmat umur supaya kita dapat bertemu dengan Ramadhan.
 


 
See? Betapa sayangnya Allah swt kepada kita. Diberi kita peluang dan ruang untuk berdoa.

Antara kelebihan Sya'ban:

1. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
 Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya. 

2. Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud, 
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Sya'ban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

3. Seterusnya bulan Sya'ban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, 

Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Sya'ban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.


untunglah sape-sape yang dpt pegi stadium PJ mlm ni



sumber: ikim


 p/s: Moga bermanfaat. Doa sampai lebam :) 





0

Hijrah ini indah




...dahulu, aku kurang baik..
kini aku ingin jadi lebih baik..

semalam, aku penuh berdosa..
hari ini, aku berusaha mencari pahala..

aku yang terbuat salah, maafkan..
orang yang membuat salah, aku maafkan..

bila aku menangis, Engkau selalu ada..
tidak nampak, tapi tetap merasa..

dalam doa ku mohon ampunan..
dalam niat ku ingin perubahan..."

Ya Allah, 
amalku mungkin tidak seberapa..
iman juga masih rapuh, 
jahiliah juga masih terlalu pekat..

namun,
 aku teringin untuk jadi baik dan baik..
aku ingin menjadi solehah dan solehah,
aku mahu mengetuk hati-hati insan di sana,
 ingin mereka rasakan apa yang kurasa..

nikmat mengenali Allah, 
belajar untuk menjadi sebenar-benar hambaMu..♥♥





p/s: semoga terus istiqamah walau sesukar mana. :)


0

Parut tetap ada





... Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding , kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada ..."




p/s : Fikir baik² sebelum nak lukakan hati seseorang..begitu juga dengan dosa kita..walaupun dah taubat kadang2 kita masih teringat bukan..<refleksi diri>



0

Hikmah


Subhanallah walhamdulillah
 Astaghfirullah wallahu akbar
  Subhanallah walhamdulillah
  Astaghfirullah hasbi Allah

Di tepi kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa

Hanya padaMu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yg sia-sia
Semua kan ada hikmahnya

Angan yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyian hati
Ku hanya orang yang kalah
Satukan hatiku yang terbelah




p/s: Subhanallah walhamdulillah Astaghfirullah wallahu akbar...Subhanallah walhamdulillah  Astaghfirullah hasbi Allah..




0

Israk Mikraj


Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). 

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.
Allah SWT: 
Ya Muhammad

Rasululllah s.a.w: 
Labbaika

Allah SWT: 
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah s.a.w:
 Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : 
Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.

Selepas Mikraj
 
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj
 
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-
Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. 

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.




p/s: moga Alla reda.
Back to Top